Saturday 25 January 2014

LAMAN WEB UNTUK MENCARI BAHAN GRAFIK UNTUK BAHAN BANTU MENGAJAR

Salam....Hari ini rakan saya mengesyorkan satu lam web yang menyediakan grafik-grafik yang menarik khas untuk digunakan di dalam bilik darjah yang boleh digunakan untuk membuat bahan bantu mengajar yang cantik menarik dan the boom....File yang di download pula dalam bentuk ms word. Ini bermakna anda mudah untuk mengedit dan menambah bahan supaya sesuai dengan kehendak anda. Laman web yang dimaksudkan ialah http://www.sparklebox.co.uk/

Di bawah ini saya berikan contoh file yang telah saya download

Wednesday 22 January 2014

E-Penyata Gaji

Salam....Kepada sesiapa yang ingin melihat penyata gaji bagi kakitangan awam kerajaan boleh klik pada pautan yang saya sediakan di bawah.Semoga pautan ini dapat membantu kepada mereka yang tercari-cari laman web untuk penyata gaji...


Tuesday 21 January 2014

SOFTWARE UNTUK MEMBINA SOALAN MATEMATIK

Salah satu software yang menarik dan membantu untuk guru-guru matematik menyediakan soalan untuk lembaran kerja kepada murid-murid ialah Mathematic WorkSheet Factory Delux 2.0.Software ini memudahkan guru membina soalan dan memilih soalan yang sesuai dengan topik serta dapat menyesuaikan mengikut keperluan murid dan soalan akan dijana secara auto.

Monday 20 January 2014

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2014 JOHOR DARUL TA'ZIM

HOME GAME: Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin

18.01.2014 (Sabtu): JDT vs PERAK
28.01.2014 (Selasa): JDT vs LIONS XII
15.02.2014 (Sabtu): JDT vs SELANGOR
22.03.2014 (Sabtu): JDT vs ATM
29.03.2014 (Sabtu): JDT vs SARAWAK

AWAY GAME:

25.01.2014 (Selasa): T-TEAM vs JDT
08.02.2014 (Sabtu): PAHANG vs JDT
08.03.2014 (Sabtu): SIME DARBY vs JDT
15.03.2014 (Sabtu): TERENGGANU vs JDT
25.03.2014 (Selasa): KELANTAN vs JDT
05.04.2014 (Sabtu): PKNS vs JDT

Saturday 18 January 2014

LAMAN WEB UNTUK MENCARI KERAWANG DAN LOGO SERTA GRAFIK



Salam ...sempena hari cuti ini teringin pula nak buat satu entri berkaitan pautan laman web yang terbaik yang menyediakan berbagai bahan untuk kita boleh gunakan untuk menghiasai bahan BBM yang kita buat.Segalanya boleh diperolehi di sini khasnya kepada yang ingin mencari kerawang, background grafik dan design serta logo serta pelbagai tulisan yang menarik dalam pelbagai format yang tersedia seperti JPEG,PNG,EPS dll.

http://vector.me/






 http://www.dafont.com/

http://www.dafont.com/












Friday 17 January 2014

Saturday 11 January 2014

Antivirus Khas Untuk Pendrive

Salam..., Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang ICT iaitu antivirus yang khas untuk pendrive.Antivirus yang dimaksudkan ialah SMADAV 9.5. Antivirus ini dihasilkan oleh orang Indonesia dan terdapat versi yang berbayar atau free.
Kebaikan SMADAV ini sangat berkesan untuk mengesan virus khasnya untuk portable drive dan sangat ringan serta boleh digunakan bersama antivirus yang lain sebagai perlindungan tambahan kepada komputer kita.Info lebih lanjut atau untuk mendownload di sini

Monday 6 January 2014

Sunday 5 January 2014

Thursday 2 January 2014

LATIHAN INTERAKTIF BM

Bahan latihan interaktif ini saya dapati semasa menghadiri kursus diberi oleh rakan-rakan.Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pencipta sal latihan interaktif ini semoga hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasanya.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kurnianya kepada hambanya.Saya haya sekadar berkongsi bahan yang terbaik ini untuk rakan-rakan lain dan jika perkonsian ini tidak dibenarkan harap dimaafkan..

BUKU LEMBARAN KERJA BM PEMULIHAN KHAS

Kepada rakan-rakan yang ingin mendapakan bahan untuk lembaran kerja murid bolehlah download Buku Lembaran Kerja Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia 2012.Buku ini sebagai panduan dan latihan tambahan kepada murid pemulihan.



Wednesday 1 January 2014

Ujian itu Hadiah Dari Allah

Ujian Itu Hadiah Dari Allah |
 Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri, tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)